Wanita JIM Perak

Bengkel Penulisan 1, 2009

Posted on: April 21, 2009

geny p

Langkah1:

Alhamdulillah peserta Bengkel Penulisan 1 sesi 2009 telah selamat menaikkan sauh Kembara Hati untuk belayar meneroka jiwa mengenal IlahNya, RasulNya, dirinya dan makhluk sekelian alam ciptaan Allah swt. Berbekalkan dalil surah Al-Qalam 1, Surah Al-‘Alaq 1-4, kami akan meneruskan perjuangan melalui tarian mata pena yang dipandu kalamullah dan as-sunnah Rasul saw. Hadith 34/40.

Walaupun kelasinya hanya 10 orang ditambah 2 orang tetamu khas berkemudikan PM Dr Umi Kalthum dan suami, pasangan suami isteri yang gigih, alhamdulillah bahtera kami siap untuk belayar dengan halatuju dan matlamat yang jelas, InsyaAllah.

Jiwa yang merdeka tapi diikat kukuh dengan aqidah yang satu, berbekalkan pendayung sebagai pena bertintakan air laut kami akan bermula dengan larian mata pena untuk membentuk gaya penulisan kami agar hebat bermain kata-kata yang mampu menusuk jiwa insan yang menatapi dengan hati yang terbuka untuk mencari hidayah Allah.

Justeru untuk memperolehi keberkesanan terhadap jiwa insan, kelasi dididik agar lidah melalui cabaran Kembara Bisu yang mungkin menjadi satu penyiksaan pada kelasi yang petah bercakap, tapi di hujung kembara halawa keimanan dapat dimamah kelazatannya. Akhirnya cabaran hebat menukilkan Cerita Tidak bertuan terasa amat indah dan keluar bagai arus mengalir tenang membersih segala kekotoran jiwa.

Alhamdulillah. Tips “Teori Surah Yusof’ membentuk minda dan pena untuk menghasilkan karya ‘Evergreen’ dilengkapi dengan ‘KJ Methods’ merupakan pasangan yang intim untuk membentuk sakinah, mawaddah dan rahmah dalam bahtera kasih Penulisan JIMedia Perak dengan kelasi-kelasinya merangkumi 3 generasi. Alhamdulillah.

genx l

Langkah 2 : Kelahiran ‘writing group’ – kumpulan kecil penulis bekas peserta bengkel.

Keahlian Kelasi kapal masih terbuka kepada semua warga JIM Negeri Perak yang ingin menyertai Kembara Hati Meneroka Jiwa akan datang. Jangan lupa ikuti persinggahan kami ke 2 pada sesi suku ke 2 tahun 2009. Pengembaraan kami akan diteruskan samada dengan ada ATAU ketidakadaan tuan/puan bersama. Persiapan kami seterusnya :

Langkah 3 : Bina kemahiran menulis di media massa.

geny l

Langkah 4 : Tuai hasil – sepanjang hidup dunia dan akhirat – pahala dan menolong insan menambah pendapatan, sedikit ganjaran untuk poket.

Penghasilan Buku :
==> Ibu madrasah Pertamaku. 23 April 2009
1. Semurni Kasih Ayah
2. Inspirasi Daripada Remaja Untuk Remaja
3. Bagaimana Aku Mula Mengenal dan Mencintai Da’wah.

genx p

Kata-kata  Benjamin Franklin
“Untuk diri kamu tidak dilupai setelah mati dan reput, tulis apa yang boleh dibaca@ buat sesuatu yang berbaloi untuk ditulis – “scientist, inventor, statesman, printer, philosopher”

Catatan,

SU WJIM Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: