Wanita JIM Perak

Majlis Jamuan Perpisahan Ketua Wanita JIM Perak

Posted on: February 22, 2009

Alhamdulillah dengan limpahan rahmat, inayah dan berkat dari Allah swt Majlis Meraikan Perpindahan Keluarga Ketua Wanita JIM Negeri Perak dan YDP JIM Manjung telah berjalan dengan tenang dan lancar. Bi’ah kehangatan roh ukhuwwah, pesanan murabbi, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, bermaaf-maafan, hidangan juadah yang masyaAllah enak diiringi dengan deraian airmata kasih sahabat yang bercinta kerana Allah swt di atas jalan da’wah ini.

Ia akan menjadi catatan sejarah perjuangan dan da’wah bagi seluruh warga JIM, Wanita JIM sekeluarga dan keturunan serta seluruh ummah di bumi Allah swt Perak Darul-Ridzuan( negeri yang diredhai Allah swt) InsyaAllah.

Kehadiran ahli lebih kurang 90 orang termasuk anak-anak.

Diriwayatkan daripada Anas b. Malik r.a daripada Nabi saw. Baginda bersabda : “Seseorang kamu tidak beriman dengan sempurna sehingga dia menyukai untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri. ” Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Pesanan Murabbi :

YDP JIM Manjung Akh Radin Mohammad Badruz Zaman b Radin Mohamed Husaini.

1. Tiada istilah ‘perpisahan’ dalam da’wah. Perpisahan ini cuma perpisahan fizikal. Kami hanya berpindah lokaliti. Sempadan geografi bukan menjadi pemisah di antara kita.

2. Walau di mana kita berada, aqidah kita satu, hati kita terus bersatu, da’wah kita satu, menyeru manusia kepada Allah yang Satu, Islam adalah ad-deen yang satu.

3. Yang ditinggal didoakan akan menjadi lebih baik, yang pergi akan mendapat yang terbaik juga, InsyaAllah.

4. Teruskan da’wah dan perjuanga.

5. Kita hanya merancang, Allah swt yang menentukan segala-galanya. Allah swt adalah sebaik-baik perancang.

Ketua Wanita JIM Negeri Perak – Ukht Anita bt Ali.

1. Persinggahan 8 tahun di bumi Perak ini amat bermakna bagi pengalaman da’wahnya. Semua kepimpinan dan ahli JIM/Wanita JIM di negeri dan daerah dekat di hati- saudara dunia akhirat.

2. Beramal dan bekerja dalam da’wah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah swt.

3. Ahli JIM Negeri Perak bertambah ramai, manfaatkan ahli yang ramai untuk ‘drive’ da’wah. Bekerja bersama-sama dan beramai-ramai itu amat seronok – kemanisan iman dalam amal jama’ie dan kemantapan roh ukhuwwah.

4. Teruskan kerja-kerja da’wah yang belum selesai.

5. Redha terhadap ketentuan Allah swt. Banyak hikmah di sebalik perancanganNya. Allah swt sentiasa mahu yang terbaik untuk kita.

6. Pergantungan total hanya kepada Allah swt dalam setiap detik kehidupan, bukan pada manusia, justeru hidup dan perjuangan ini mesti diteruskan dan kita setiasa melakukan yang lebih baik untuk maju ke hadapan.

7. Potensi yang ada terus disuburkan agar dapat terus bercambah, InsyaAllah. Terus berfikiran positif, doa dan tawakkal kepada Allah swt.

Sebelum bersurai, penyampaian cenderahati dari seluruh warga JIM/Wanita JIM Negeri Perak.

Keluarga Akh Radin dan Ukht Anita akan bertolak ke Port Dickson pada hari Sabtu 28 Feb 2009. InsyaAllah.

Alamat : 21A, Lot 801 – Kuarters TNB, Jalan Pantai, Port Dickson.

Semoga Allah swt terus merahmati kita semua walau di mana kita berada dunia dan akhirat.

Salam ukhuwwah dan perjuangan untuk semua.

Laporan ringkas,

Azlina Isa

SU Wanita JIM Negeri Perak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: