Wanita Jamaah Islah Malaysia Perak merupakan cawangan Wanita Jamaah Islah Malaysia yang juga sayap kepada badan bukan kerajaan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Di negeri Perak, WJIM bergiat aktif di empat buah daerah iaitu Kuala Kangsar, Manjung, Teluk Intan/ Hilir Perak serta bandaraya Ipoh.
June 27, 2008 at 1:48 am
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,syukur kepada Allah diatas kejayaan menghidupkan dan mengaktifkan blog Wanita Jim Perak yang telah kita sasarkan pengaktifannya pada JUN 2008.Tahniah kepada Pn Noor Faizah Sidek diatas kejayaan menghidupkan blog ini.Ana menyeru kepada semua ahli JIM terutama JK Wanita JIM Perak agar turut sama mengisi aspirasi Jk masing-masing dan berkongsi dengan pembaca di luar sana tentang aktiviti yang akan dan sedang dijalankan.Mudah-mudahan ramai yang memperoleh manfaat di atas perkongsian ini.
KW JIM Perak
Pn Hjh Anita Ali