Posted by: wjimperak on: May 17, 2009

BICARA PERDANA
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2009
ANJURAN BERSAMA:
MAJLIS GURU ISLAH (MGI) DAN MGI PERAK
TARIKH : 24 MEI 2009(AHAD)
MASA : 8.00 pg-1.00 tgh
TEMPAT : HOTEL HILLCITY
No 227, JALAN GOPENG,
31350. IPOH
YURAN PENDAFTARAN: RM 25 sahaja
(Tempat amat terhad. Tarikh tutup: 20 Mei 2009. Daftarlah segera!)
TEMA
‘GURU TUNGGAK MODAL INSAN BERHIKMAH’
SESI PENGIKTIRAFAN ANUGERAH TOKOH GURU JIM 2009
&
BICARA TOKOH
OLEH
TN. HJ MOHD NOR BIN SUPAAT
(MEMPERKASAKAN PROFESION PERGURUAN MELALUI KEPIMPINAN BERKESAN )
Penceramah motovasi guru baru JPN Perak.
Penceramah motivasi pelajar sekolah
AJK Pengurusan Sekolah Kluster Kebangsaan
Penemuduga guru baru kebangsaan.
AJK PKPSM ( Persatuan Pengetua) Perak.
AJK PKPSM Daerah Hilir Perak.
AJK MPSRK ( Pengetua Rancangan Khas) Perak
AJK MPSRK Daerah Hilir Perak
DAN
PROF MADYA DR HJH UMI KALTHUM NGAH
(MENGGEMBELING TENAGA GURU BERCIRIKAN MODAL INSAN BERHIKMAH)
Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia
Penulis bebas
Hasil penulisan beliau adalah:
MOH KE IPOH CHE’ EGU…!
Posted by: wjimperak on: May 16, 2009
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi Dewasa;
Sejarahnya bermula oleh SEORANG GURU biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca……
Karya:USMAN AWANG
Posted by: wjimperak on: May 14, 2009
Matamu bagai kumpuan seekor lebah
Mata hati mencerna segala pandangan
Mengalir madu barokah
Penawar penyakit jiwa
Insan yang dambakan rawatan
Penguat tenaga
Penggunung semangat
Peluas pengorbanan
Penapis keihlasan
Kader perjuangan
Tulang belakang utuh
Namun longlai dalam sujud dan ruku’
Ubudiyyah pada Maliknya
Tegar memegang amanah
Jujur tuturkata
Diam penuh makna
Rentak langkah yakin
Mengorak pelan da’wah
Tanpa mengenal erti
putus asa, istirehat atau undur
Kerana tiada perkataan ’merajuk’ dalam kamus da’wahnya
Setiap pintu hati yang dilewatinya
Akan diketuk penuh sopan
Ada hentakan! Dentuman! Tutupan jendela
Namun dia tetap berdiri
Menanti sabar,
Kelembutan hati insan
Membuka hati
untuk disirami
Nur islami…
Nur Iman…
Nur hidayah…
Nur Taufiq
Merentas benteng nafsu
Hingga terserlah sinar FITRAH!
Alhamdulillah
Butiran permata
Setelah mendapat sentuhan Muttaqin
Berkilauan berkelipan
Masuk ke tengah gelanggang
Kancah pentas masyarakat
Membuka bejana hati
Akur pada Ilahi
Sebagai ’abid dan khalifah
Melahirkan butiran permata bersinar
Bergelar….
Jundullah
Mujaddid
Mujtahid
Nyawa dan darah suci adalah
Mahar untuk dipersembah pada Allah
Kekasih abadi
Bukti tautan cinta haqiqi
Tersergam indah
Mahligai di tengah syurga
Kilauan memukau
Cukup dicemburui
Seluruh warga jannatulfirdausi
Anugerah kabir ilahi
Untuk permata hatiNya
Insan du’at mukhlisin
Pendokong risalah anbiya’
Sepanjang zaman
Hingga qiamat menjadi penutup kalam
Ikatan Bai’ah Ridwan
Menjadi Ijab Kabul
Antara Insan dan Khaliq
Hamba….bernama
Attaaibun…
Al’aabiduun..
Al-Haamiduun..
As-Saaihuun….
Ar-rooki’uun
As-saajiduun..
Al-aamiru bil ma’aruuf..
An-naahunal’anilmungkar
Al-haafizuuna li hududillah
Ahibbukumfillah….
Akhirulkalam….
Bergembiralah insan mu’minin bersama Ilahnya.
Allahurabbul jalil
Di taman Firdausi.
Posted by: wjimperak on: May 10, 2009

Nama Buku : Ibu Madrasah Pertama Ku
Penyusun : Roha Hassan
Penerbit : Tinta Ori Enterprise
Usahasama : Wanita JIM Pusat dan Tinta Ori Enterprise
Editor : Nazirah Idris dan Roha Hassan
Tebal Buku : 306 muka surat
Harga : RM25 sahaja / RM28 untuk Sabah dan Sarawak
Hubungi : Nazirah / Murni (03-41073379) atau Roha (012-4317948) atau Siti 014-9225162
Ibu Madrasah Pertama Ku adalah Sebutir Permata!
Ibu Madrasah Pertama Ku! Begitulah indahnya tajuk buku ini. Namun ia tidak seindah kasih sebenar seorang ibu. Namun kami yakin buku ini mampu membuatkan anda tersenyum disirami kasih ibu atau ketawa terkenangkan kisah lama atau menangis mengenangkan wajah ibu yang kini sudah berkedut dimamah usia atau mengalir air mata dek kerinduan pada bonda tercinta.
Anggaplah buku ini sekadar sebutir permata. Bukan yang terbaik tapi cahayanya cukup untuk menyuluh kehidupan generasi kita dan selepas kita dalam melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang insan soleh wa musleh.
Tips daripada ibu madrasah pertama ku ini akan memberikan kita pelbagai pengajaran suka duka seorang ibu mendewasakan anak-anaknya.
Sudah tentu tips tersebut dapat pula dimanfaatkan oleh kita untuk menyantuni anak-anak dan generasi muda di zaman kita dan akan datang.
Buku ini mengandungi kisah dua puluh empat orang ibu membesarkan anak-anak yang kini sudah berjaya di bidang masing-masing dan lapan orang daripada penyumbang karya dalam buku ini merupakan ahli-ahli WJIM Perak.
Kerana kebahagiaan dan kejayaan yang mereka kecapi hasil sentuhan ibu, kini mereka ingin berkongsi dengan kita semua. Khususnya anda para pembaca. Banyak sekali kebaikan dalam bentuk pesanan atau perkongsian daripada para penulis tentang ibu masing-masing untuk kita ambil manfaatnya.
Mari kita hayati bersama setiap keindahan yang dinukilkan dalam buku, Ibu Madrasah Pertama ku ini.
Kandungan Buku
Bahagian I :
1) Fight For Your Right
Anfaal Saari
“Mama sentiasa tegas mengingatkan aku dan adik-adik untuk berani bangkit memperjuangkan hak kebebasan Ayah. Pengalaman ini mendidik kami adik-beradik menjadi lebih peka dan sensitif dengan hak-hak kami.
Hak sebagai pengguna, sebagai mahasiswa dan sebagai warganegara.”…Fight For Your Right!….
2) Biar Miskin Dunia, Tapi Kaya di Akhirat Sana!
Anita Ali
“Tak apa kita miskin dunia, tetapi biarlah kita kaya di akhirat sana!
Kita bukan orang kaya tetapi emak percaya satu hari nanti “Chek” pasti akan keluar juga dari kampung kita. Pada masa itu, “Chek” pasti akan tengok “dunia” di luar sana!”
3) Ibu! Oh Ibu! Engkaulah Ratu Hatiku
Azlina Isa
“Long, zikrullah nak ye, istiqamah, usrah jangan tinggal dan jalankan amanah yang Allah berikan dengan ikhlas dan jujur, istighfar dan selawat selalu. Buat baik dan bantu orang yang minta tolong. Jangan buat salah dengan orang. Biar dan maafkan orang yang buat salah kat kita. Kita jangan balas kejahatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya dan biarlah Dia yang uruskan segalanya”.
4) Sikap Optimis Mu Pendorong Kejayaan Ku Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
“Emak adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan ku seperti apa yang aku jadi pada hari ini. Emak adalah seorang yang berfikiran positif dan optimis. Dengan sikap sedemikian, emak sering mendorong dan memberikan respons yang positif dan optimis dalam apa jua permasalahan hidup yang aku hadapi”.
5)Emak Aku Adalah ‘Women Of Substances’
Ir. Endok Sempo Mohd Tahir
“Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”
6)Ibu Madrasah Tarbiah Ku Yang Pertama
Fakhrul Anuar Zulkawi
“Tidak mampu ku gambar dan ungkapkan pengorbanan ibu dengan hanya sekadar lembaran penulisan ini. Namun, ku abadikan penulisan ini sebagai menunjukkan kasih sayang ku pada ibu yang tercinta. Kami bersyukur mempunyai ibu sebegini dan sudah pastinya ibu pula bertuah memiliki ayah yang berwawasan dan penyayang yang sentiasa berada di sisi. Ibu bukanlah seorang yang ternama apalagi berpendidikan tinggi namun jasa dan pengorbanan beliau bersama ayah mendidik ku serta adik-beradik ku yang lain sungguh tidak ternilai”.
7) Biar Miskin Harta, Jangan Miskin Ilmu -Faridah Maludin
8 ) Umi Penghibur, Pelindung Ku – Dr Hafidzah Mustakim
9) Ibu Madrasah Pertama – Hafizah @ Pen Aija
10) Apa Yang Ku Pelajari Dari Madrasah Hjh Siti Ramlah Anuar -Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj
11)Kalau Kau Hendak Senang, Belajar Rajin-rajin – Haron Mohd Yusof (Hamdy)
12)Ibu Adalah Madrasah Pertama – Ibni Khalid Jurait
13)Kepercayaan Mu Penguat Semangat Ku – Kerisisiah Mohd Daud
14)Ibu Ku, Sahabat Ku…Pendamai Jiwa Ku – Norhayati S
15)Engkaulah Ibu, Engkaulah Ayah – Noor Faizah Sidek
16)Ibu Terlalu Istimewa Di Hatiku – Mahani Yusof
17)Ibu Madrasah Pertama Kami Sekeluarga – Ramlah Hussin
18)Sentuhan Ajaib Ibu – Roha Hassan
19)Pemergian Mu Tiada Pengganti – Rosnah Ahmad
20)Terima Kasih Mak – Salina Hassan
21)Ibu Madrasah Pertama Ku – Siti Aishah Mahamad
22) Ibu Permata Hati Ku – Prof Madya Dr Umi Kalthom Ngah
23) Ibu Permata Hatiku, Madrasah Pertama Ku – Ummu Mukhlis
24) Kasih Ibu Tidak Bertepi – Wan Fauziah Wan Kadir
Bahagian II : Puisi Dan Panduan Tentang Ibu
1) Tip Buat Ibu Dan Bakal Ibu
2) Puisi Indah Buat Mu Ibu
3) Tika Saat Ini
4) Tentang Dia
5) Selendang Merah Ibu
Posted by: wjimperak on: April 21, 2009

Langkah1:
Alhamdulillah peserta Bengkel Penulisan 1 sesi 2009 telah selamat menaikkan sauh Kembara Hati untuk belayar meneroka jiwa mengenal IlahNya, RasulNya, dirinya dan makhluk sekelian alam ciptaan Allah swt. Berbekalkan dalil surah Al-Qalam 1, Surah Al-’Alaq 1-4, kami akan meneruskan perjuangan melalui tarian mata pena yang dipandu kalamullah dan as-sunnah Rasul saw. Hadith 34/40.
Walaupun kelasinya hanya 10 orang ditambah 2 orang tetamu khas berkemudikan PM Dr Umi Kalthum dan suami, pasangan suami isteri yang gigih, alhamdulillah bahtera kami siap untuk belayar dengan halatuju dan matlamat yang jelas, InsyaAllah.
Jiwa yang merdeka tapi diikat kukuh dengan aqidah yang satu, berbekalkan pendayung sebagai pena bertintakan air laut kami akan bermula dengan larian mata pena untuk membentuk gaya penulisan kami agar hebat bermain kata-kata yang mampu menusuk jiwa insan yang menatapi dengan hati yang terbuka untuk mencari hidayah Allah.
Justeru untuk memperolehi keberkesanan terhadap jiwa insan, kelasi dididik agar lidah melalui cabaran Kembara Bisu yang mungkin menjadi satu penyiksaan pada kelasi yang petah bercakap, tapi di hujung kembara halawa keimanan dapat dimamah kelazatannya. Akhirnya cabaran hebat menukilkan Cerita Tidak bertuan terasa amat indah dan keluar bagai arus mengalir tenang membersih segala kekotoran jiwa.
Alhamdulillah. Tips “Teori Surah Yusof’ membentuk minda dan pena untuk menghasilkan karya ‘Evergreen’ dilengkapi dengan ‘KJ Methods’ merupakan pasangan yang intim untuk membentuk sakinah, mawaddah dan rahmah dalam bahtera kasih Penulisan JIMedia Perak dengan kelasi-kelasinya merangkumi 3 generasi. Alhamdulillah.

Langkah 2 : Kelahiran ‘writing group’ – kumpulan kecil penulis bekas peserta bengkel.
Keahlian Kelasi kapal masih terbuka kepada semua warga JIM Negeri Perak yang ingin menyertai Kembara Hati Meneroka Jiwa akan datang. Jangan lupa ikuti persinggahan kami ke 2 pada sesi suku ke 2 tahun 2009. Pengembaraan kami akan diteruskan samada dengan ada ATAU ketidakadaan tuan/puan bersama. Persiapan kami seterusnya :
Langkah 3 : Bina kemahiran menulis di media massa.

Langkah 4 : Tuai hasil – sepanjang hidup dunia dan akhirat – pahala dan menolong insan menambah pendapatan, sedikit ganjaran untuk poket.
Penghasilan Buku :
==> Ibu madrasah Pertamaku. 23 April 2009
1. Semurni Kasih Ayah
2. Inspirasi Daripada Remaja Untuk Remaja
3. Bagaimana Aku Mula Mengenal dan Mencintai Da’wah.

Kata-kata Benjamin Franklin
“Untuk diri kamu tidak dilupai setelah mati dan reput, tulis apa yang boleh dibaca@ buat sesuatu yang berbaloi untuk ditulis – “scientist, inventor, statesman, printer, philosopher”
Catatan,
SU WJIM Perak
Posted by: wjimperak on: February 22, 2009
Alhamdulillah dengan limpahan rahmat, inayah dan berkat dari Allah swt Majlis Meraikan Perpindahan Keluarga Ketua Wanita JIM Negeri Perak dan YDP JIM Manjung telah berjalan dengan tenang dan lancar. Bi’ah kehangatan roh ukhuwwah, pesanan murabbi, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, bermaaf-maafan, hidangan juadah yang masyaAllah enak diiringi dengan deraian airmata kasih sahabat yang bercinta kerana Allah swt di atas jalan da’wah ini.
Ia akan menjadi catatan sejarah perjuangan dan da’wah bagi seluruh warga JIM, Wanita JIM sekeluarga dan keturunan serta seluruh ummah di bumi Allah swt Perak Darul-Ridzuan( negeri yang diredhai Allah swt) InsyaAllah.
Kehadiran ahli lebih kurang 90 orang termasuk anak-anak.
Diriwayatkan daripada Anas b. Malik r.a daripada Nabi saw. Baginda bersabda : “Seseorang kamu tidak beriman dengan sempurna sehingga dia menyukai untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri. ” Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Pesanan Murabbi :
YDP JIM Manjung Akh Radin Mohammad Badruz Zaman b Radin Mohamed Husaini.
1. Tiada istilah ‘perpisahan’ dalam da’wah. Perpisahan ini cuma perpisahan fizikal. Kami hanya berpindah lokaliti. Sempadan geografi bukan menjadi pemisah di antara kita.
2. Walau di mana kita berada, aqidah kita satu, hati kita terus bersatu, da’wah kita satu, menyeru manusia kepada Allah yang Satu, Islam adalah ad-deen yang satu.
3. Yang ditinggal didoakan akan menjadi lebih baik, yang pergi akan mendapat yang terbaik juga, InsyaAllah.
4. Teruskan da’wah dan perjuanga.
5. Kita hanya merancang, Allah swt yang menentukan segala-galanya. Allah swt adalah sebaik-baik perancang.
Ketua Wanita JIM Negeri Perak – Ukht Anita bt Ali.
1. Persinggahan 8 tahun di bumi Perak ini amat bermakna bagi pengalaman da’wahnya. Semua kepimpinan dan ahli JIM/Wanita JIM di negeri dan daerah dekat di hati- saudara dunia akhirat.
2. Beramal dan bekerja dalam da’wah bersungguh-sungguh, ikhlas kerana Allah swt.
3. Ahli JIM Negeri Perak bertambah ramai, manfaatkan ahli yang ramai untuk ‘drive’ da’wah. Bekerja bersama-sama dan beramai-ramai itu amat seronok – kemanisan iman dalam amal jama’ie dan kemantapan roh ukhuwwah.
4. Teruskan kerja-kerja da’wah yang belum selesai.
5. Redha terhadap ketentuan Allah swt. Banyak hikmah di sebalik perancanganNya. Allah swt sentiasa mahu yang terbaik untuk kita.
6. Pergantungan total hanya kepada Allah swt dalam setiap detik kehidupan, bukan pada manusia, justeru hidup dan perjuangan ini mesti diteruskan dan kita setiasa melakukan yang lebih baik untuk maju ke hadapan.
7. Potensi yang ada terus disuburkan agar dapat terus bercambah, InsyaAllah. Terus berfikiran positif, doa dan tawakkal kepada Allah swt.
Sebelum bersurai, penyampaian cenderahati dari seluruh warga JIM/Wanita JIM Negeri Perak.
Keluarga Akh Radin dan Ukht Anita akan bertolak ke Port Dickson pada hari Sabtu 28 Feb 2009. InsyaAllah.
Alamat : 21A, Lot 801 – Kuarters TNB, Jalan Pantai, Port Dickson.
Semoga Allah swt terus merahmati kita semua walau di mana kita berada dunia dan akhirat.
Salam ukhuwwah dan perjuangan untuk semua.
Laporan ringkas,
Azlina Isa
SU Wanita JIM Negeri Perak.
Posted by: wjimperak on: December 19, 2008
Program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) yang diadakan di Kolej Darul Huffaz telah berjalan dengan lancar pada 17 Disember 2008 yang lalu. Pelajar-pelajar tahfiz seramai 210 orang telah disantuni dengan baik oleh 3 pengendali iaitu En. Abdul Jalil ( Kaunselor UTP), Ketua Wanita Perak Pn Anita dan Pn Shima serta 2 orang fasilitator. Program yang dijalankan oleh WJIM Perak dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Remaja Perak ini telah mendapat respon yang sangat baik dari pihak kolej. Pihak kolej juga ingin memanjangkan lagi hubungan ini pada masa akan datang insyaAllah.

Posted by: wjimperak on: November 11, 2008
“Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat : 33)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Jika Allah s.w.t member hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan) , yang mendahului marhalah takwin (pembentukan) . Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. “
Sumber: Dakwah Fardhiah oleh Sheikh Mustafa Masyhur.
Posted by: wjimperak on: October 21, 2008
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengizinkan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri Perak pada Ahad, 12 Oktober 2008 yang lalu bertempat di Pejabat JIM Perak. Terlebih dahulu pada hari yang sama sebenarnya telah berlangsung sebuah forum bertajuk Hak Asasi Manusia: ‘ISA’ dari perspektif agama, yang mana salah seorang ahli panel forum tersebut ialah Hj Saari Sungib @ Pak Abu Urwah diikuti dengan Jamuan Hari Raya JIM Perak di Dewan Orang Ramai Rapat Setia dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang.
Mesyuarat perwakilan wanita telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat, Puan Hjh Che Asmah binti Ibrahim yang turut menyampaikan pesanan dan amanat daripada WJIM Pusat. Seramai lebih kurang 30 orang perwakilan dan pemerhati telah hadir pada mesyuarat tahun ini. Mesyuarat perwakilan wanita pada kali ini juga menyaksikan ucapan Ketua Wanita Negeri yang dapat dirumuskan sebagai W.A.N.I.T.A. Apa itu W.A.N.I.T.A ? – W:wawasan dan fokus wanita A:amanah dan ahli perniagaan N:niat ikhlas I:Islam, iman, ihsan dan ilmu T:taqwa dan takungan ummah soleh A:ampunan Allah. Moga semua yang hadir telah mendapat manfaat.
Laporan,
PSUA WJIM Perak
Posted by: wjimperak on: September 29, 2008
Program ‘join venture’ 3 dalam 1-sumbangan kepada fakir miskin, ziarah hospital dan iftar jamaie JIM/ WJIM Manjung bersama KRJ telah diadakan semalam 21 September 2008 bertempat di Pusat Tuisyen Lestari, Manjung. Sumbangan kepada fakir miskin di sekitar daerah Manjung diadakan pada sebelah paginya. Program diteruskan pada sebelah petang dengan ziarah ke wad ortopedik Hospital Manjung diikuti dengan iftar dan solat berjamaah di Lestari.
Komen Anda